Dec 4, 2010

plkn 2011 dah nak setat weyh!

Halluuuu u'ollls... apa khabar hari ni? Aku baik- baik je ni, walaupun kat lidah tu rasa lain macam je..huhu. Eh..eh.. cara aku cakap ni macam korang ada tanya je kan? haha...Btw, tadi aku dapat tahu yang Plkn untuk tahun depan dah nak setat ni ( 2 jan 2011). Korang yang bebudak SPM ni dah p semak ke belum? Sedar- sedar lah diri dulu k, dah penat jawab SPM ni korang kena ambil tahu gak pasal khidmat negara ni.


PLKN tu wajib ambil tau u'olls.. tak ambil nanti kena denda! Alaa..bukan lama sangat pun. Paling lama just 3 bulan aje. Haa..mulalah tu nak cakap.." eleh, dia cakap senang r..yang nak amiknya kita!" Yups, aku cakap memang senang je, dah mulut aku kan..haha.

Tapi, akupun dah pernah ambil/ masuk PLKN ni. Thats why aku cakap camtu. Mesti ada banyak feeling yang korang rasa kan?  Ada yang tak nak pergi, ada yang bersemangat dan ada jugak yang kecewa bila tak dapat masuk PLKN ni.Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, korang tak payah nak risau lebih. Tengok aku, dulupun beria- ia taknak pergi tau. Tapi bila dah pergi, aku dapat ramai kengkawan, pengalaman, guru-guru dan jugak kekasih hati! Amboi..sampai camtu ke....hakhakhak...

So, no need to worry lah, kalau dapat tu tahniah and just go k. Bagi yang tak dapat tu, takpe, korang fokus terus pada study atau nak kerja terus! Aku dapat tahu yang nak dapat masuk PLKN tuk tahun depan tu seramai 42, 000 orang! Amboi, nenek diaaa....ramai kot yang masuk. Ada 79 kem di seluruh negara yang serentak memulakan program tu. So, cepat- cepat semak. Tak tahu? Korang pergi je kat laman web utama Khidmat Negara, takpun...

Taipkan “NS(ruang) e.g. NS(ruang) no.ic & hantarkan SMS anda ke 33995

kat bawah ni gambar- gambar aku masa kat PLKN dulu..hehe.





Sebenarnya banyak lagi gambar- gambar tu, tapi aku malaslah nak letak muka cute aku kat sini...( gedik!) Haha..just kiding..

7 comments:

  1. Adik x check pon..hahaha..tunggu la surat sampai..hu3

    ReplyDelete
  2. @ChuyRy..ag bgs klo trus semak kt sms dik..^^

    ReplyDelete
  3. dah semak . dapat kt kem syruz pulau pinang . hehe . jemput2 la bace entri plkn sy

    ReplyDelete
  4. program yang bagus... nasib la saya lahir 1984... tak merase la...

    ReplyDelete
  5. @ohujan yup..hehe...pnh ikt ke blm ni..


    @SM Banjamin..plkn mmg bast, rugi r xrs^^

    ReplyDelete