Jan 10, 2011

AJL25

Semalam tak dapat nak tengok juara lagu, sekadar mendengar ajela gamaknya. Kat mana? Mestila kat radio. Sambil online dengan internet yang ciput, sambil tu dengar- dengar kat radio. Aku tak tengok so tak dapatlah nak komen lebih- lebih kan? huhu...


Tapi aku harap Faizal Tahir yang menang, haha... Nak buat macam mana kan, bukan rezeki dia la tu. Dah Ana raffali yang menang dan tahniah diucapkan untuk beliau. Dengan kemenangan tu, Ana raffali membawa hadiah berupa wang tunai Rm35,ooo berserta trofi.


Ramai gak yang tak puas hati Ana raffali menang. Siap dengan 'BOOOO' pulak tu. Kalau ya pun tak suka, kawal- kawal r diri tu. Tak payahlah sampai nak buang kerusi amende...Pastu buat page kat Facebook. Dasat kottt..huhu. Ini dia page tu..kami tak suke ana raffali . Tak sampai dua hari page ni dah ade berapa followes.

Masa Ana raffali nak buat persembahan terakhirnya tu pun, sesetengah penonton dah keluar. Bukan tu je, media pun sama. Haha, nampak sangat tak suka. Tapi takpe, semua orang ade pandangan masing- masing. Cuma janganlah melampau- lampau kannn...

Walau bagaimanapun, aku paling tak boleh blah ade penari tu tersangkut kat tali time Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan. Ada- ada jelaa...

5 comments:

  1. aq rasa memang dia layak pun.
    walaupun aq mengharapkan yg lain menang

    ReplyDelete
  2. ntah pape je kan diorang tu...
    bia laa Ana Rafali menang...
    dah rezeki dia...
    dia pun comel ape...
    lagu dia ade makna tersirat yg org x nmpak...
    ish3...
    dahsyat org kite ni

    ReplyDelete
  3. menang sebab comel ? gile ke ape,hihih

    tinggalkan jejak kat sini http://mekwook.blogspot.com

    ReplyDelete