Mar 2, 2011

MU kalah!

Secara jujurnya, langsung tak tahu pagi tadi ada perlawanan antara Chelsea dan Man. United. Almaklumlah, Tv tak ada sekarang. Erm, pembetulan. Tv ada tapi astro tu yang tak ada, 'dia' sakit, kena hantar kat kedai. Bila 'dia' sembuh aku pun tak tahulah. Internet ada pun aku tak pakai, sibuk nak tidur awal, ngaaahaha.

Pagi ni bukak muka buku jap, nampak status kawan. Dia ' cakap' MU kalah. Aku pun mula terfikir, ada ke perlawanan semalam? Tengok berita, tengok status- status semua... sah! memang ada! Alaa.. tak dapat nak tengok, geram je.

LONDON: Jaringan penalti Frank Lampard membantu Chelsea menewaskan Manchester United 2-1 pada persaingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

Gol kemenangan Chelsea itu diperoleh pada mnit ke-79.

Sebelum itu United mengejutkan tuan rumah rembatan jarak jauh oleh Wayne Rooney pada separuh masa pertama.

Namun David Luiz meledak pada minit ke-54 untuk gol penyamaan Chelsea

- credit, berita harian . uote>



Kuikuikui..takpelah, aku tetap sokong Man. United ni. Bukan rezeki dialah gamaknya.. T.T

2 comments: