Showing posts with label kisah aku jer... Show all posts
Showing posts with label kisah aku jer... Show all posts

Feb 14, 2012

rejected!


keesokan harinya..



Apa agaknya perasaan korang bila seharian siapkan assigment tapi last-last kena reject?

Benda ni sebenarnya dah terjadi dalam dua minggu yang lepas tapi baru berpeluang nak update hari ini. Ngaa... rasa nak pergi culik anjing laut tu untuk buat assignment sebab kitorang kena suruh buat bentuk haiwan laut menggunakan dawai T3T

Nov 14, 2011

SE says goodbye :(








Wuwuwu.. T________________T sangat sedih apabila terpaksa meninggalkan semua ni. Dalam beberapa jam lagi, aku akan meninggalkan rumah dan seterusnya Sabah, untuk menyambung pelajaran yang sudah lama tergendala.

Dan YA, aku pastilah akan merindui internet, sehari tak buka tak boleh woo. So, kalau dah sampai ke UiTm nanti, tak tahulah dapat ke tak online. Mungkin jugak blog ni akan kesepian buat sementara waktu. Entah- entah aku cuti sem nanti baru dapat online? Siapalah tahu kan? Ngaa.. aku nanti mesti rindu kat korang jugak yang selalu jenguk blog ni, yang mengomen, yang follow, dan jugak silent readers!


NOTA : Aik,, trimazz buat aujinz sebab promote aku dan lukiskan yang ni untuk aku,, perghh lama baru nak ucap HAHA.






Oct 29, 2011

Tersekat-sekat...









Thanks to Mr KAHAK and her wife kerana beranak pinak dalam anak tekak aku ni. Sekarang dah dapat batuk and yang paling parah bila...


Nota : Sekarang ni pun masih ada lagi tempahan yang belum disiapkan, moga kuatlah diri ni untuk menyiapkan tempahan tu.. Gila skema ayat! T__________T

Oct 11, 2011

Uppsss!!









Demm...

So i was cooking on the other day ( eh apahal tiba- tiba mat saleh ni? ), tapi entah macam mana masa aku nak letak sudu ke tempat asal "dia", sudu tu boleh pulak terpelanting sampai ke luar rumah melalui tingkap. Sighh, ini mesti kes kelam kabut takut bawang hangus =____________= .

Moral of the story : berhati- hati semasa memasak.


Oct 9, 2011

susah!




Geezz... Susah betul bila ada ulcer kat dalam mulut ni. Nak sumbat apa- apa kat dalam, mesti buat perlahan-lahan. Kalau kena sikit, sakitnya bukan main lagi! Macam mana nak cepat sembuh ni? Ada yang cakap letak garam boleh cepat baik! Betul ke?

Nota :

Tempahan header dah ditutup! Sorry bagi yang nak tempah header tu, k? But,, but.. saya masih terima tempahan full template dan doodles! Ini contoh template rm10 kalau nak tempah  :) Boleh pergi kat button HIRE ME --> TEMPAHAN FULL TEMPLATE kalau nak tengok contoh yang sebenar. Setiap blog ni ada maklumat yang korang nak tahu. 






Sep 25, 2011

Lagi gara- gara ayam










Tak tahulah kenapa sejak dua menjak tiga menjak ni, ayam yang sama selalu je nak cari pasal dengan aku. Hari tu mula nak bertelur, kali ni ayam tu masuk rumah pulak. Tak ada ke tempat lain yang dia boleh pergi?

I have no choice, dah siap kemas dan bersihkan rumah, terpaksa buat balik... selepas ayam tu lari lintang pukang disebabkan aku mengejar ' beliau ' hingga menyebabkan barang- barang semua berselerak kat lantai.



entry pasal ayam jugak T__T

> klik <

Sep 18, 2011

Temuduga seni lukis dan seni reka

Hari tu ( Ceh, hari tu lah sangat padahal baru semalam kena ), aku ada temuduga seni lukis dan seni reka. Aku ingatkan aku takkan dapat course ni. Yalah, masa aku tengok hari tu tak ada pulak. So dah dapat ni kira bersyukur jugalah. So, dalam beberapa hari ni aku cuma melukis aje. Membaca? Tak ada langsung!

So, kemarin tu jam sepuluh dah gerak dah. Tapi singgah kejap kat mana entah, agak lama jugaklah aku menunggu sampai kepanasan ya amat. Dekat jam sebelas baru gerak semula nak pergi ke UiTM Sabah. Adalah dalam dua jam kot. Bila da sampai tu, memang dah banyak orang yang tengah tunggu masa untuk temuduga tu.

Dah jam dua petang, kitaorang diarahkan masuk ke dalam satu bilik ni, di mana kitaorang akan melukis satu benda ni dari perspektif masing- masing. So, semua yang ada kat dalam bilik tu pun mula melukis dan fokus dengan view masing- masing termasuk aku. Kitaorang kena lukis dalam masa sejam. Cuba bayangkan kena lukis satu kotak kayu dan dengan satu benda ni yang ditutupi dengan kain yang bercorak- corak panjang. Err... tak tahu nak explain macam mana.


Dah habis masa sejam tu, semua diarahkan untuk berhenti. Lepas tu, setiap seorang diberikan sehelai kertas di mana ada enam petak dan mempunyai garis- garis tersendiri. Haa, yang ini adalah ujian kreativiti di mana korang kena sambungkan setiap garis- garis tu menjadi satu gambar atau sebuah cerita. Kiri kanan aku memang cantiklah lukisan diorang sedangkan aku, entah apa- apa aje yang aku lukis. HAHA, abaikan.

Dah siap dalam masa 20 minit tu, kitaorang akan ditemuduga sorang- sorang. Yang ini tak ada apa- apa sangat pun. Memandangkan hari dah petang sangat dan masih ada banyak lagi yang sedang menunngu, aku cuma ditanya sikit je. Apa yang aku minat dan blablabla..

Tiba- tiba..




Then, tiba- tiba dia bulat bahagian pencetakan. Akupun macam blur sikit masa tu. Bila dia tengok aku macam tu, dia tanya pulak.

" Napa? Tak suka?"
" Saya tak berapa minat pencetakan."
" Pencetakan ni ada grafik, blablabla..."

Aku dah tak ingat apa dia cakap lagi. So, sekarang ni aku dapat pencetakan ke? Best ke course ni? Aku tertanya- tanya jugak. Kalau aku dapat course ni, pergi ke Melaka atau Peraklah jawabnya. Hah, tunggu ajelah keputusannya!


Eh, ya ke?








Aug 30, 2011

Salam aidilfitri !

Assalamualaikum dan hai korang! Wah.. lama gila tak update kan? Itulah kalau dah malas! Bila dah ada cerita asyik malas nak lukis, last-last cerita dah basi pulak kalau nak post kat dalam blog ni. Tambahan lagi, ada tempahan yang nak disiapkan. Tambah-tambahlah lagi perasaan malasiii tu haa.

Apapun, masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya ni? So kat dalam blog ni, aku up satu entry pendek dan nak ucapkan salam aidilfitri buat sesiapa yang sedang membaca (kalau ada lah ) ni. Sekiranya aku ada post entry kutuk- mengutuk pasal korang dalam ni, aku minta ampun banyak- banyak.




Raya tahun ni tak berapa best kot. Tak meriah sangat, huhu. Tapi baru raya pertama kan? Tak tahulah esok- esok. Just wish korang gembiralah raya tahun ni, Aaamin.

Jul 31, 2011

Picnic!


Dalam dua hari yang lepas, aku dan cousins rancang nak memancing sambil PICNIC 
( berkhelah ). Tak payah nak pergi jauh- jauh sampai ke lautlah, kat tepi kolam pun jadilah.




Dan semestinya jugak kitaorang tak pakai tikar or apa- apa jelah yang macam biasa orang pakai untuk ber-picnic tu. Kitaorang cuma letak semua makanan tu kat...


Pondok kecil yang comel..


Then, bila kitaorang sedap- sedap makan makanan yang kitaorang bawak tu, sambil- sambil tengah tunggu ikan siap dibakar...


seekor ayam dah curi makan ikan kitaorang.. =..=

ikan yang awalnya cantik dah jadi berlubang macam ni..



memang semua tu terdiam until..







ayam tadi ' dibelasah'...

Huh, siapa yang tak geram bila ikan yang korang dapat dengan susah payahnya kena curik dengan ayam yang tak pandai nak minta izin untuk makan????  T 3 T
Aku geram! Korang tak geram? HUHU..
Akey, tipu. Aku tak belasah pun ayam tu betul- betul tapi aku belasah ayam tu...




=..=