Showing posts with label saja je nak kongsi. Show all posts
Showing posts with label saja je nak kongsi. Show all posts

Jul 29, 2012

Filem VS Realiti







Original from Facebook


******

Dah lama tak post kat blog ni.
Hoho. Pinjam Troll dari facebook dan post dengan gambar sendiri.

Jul 19, 2012

Syukur! =)



Banyak sangat yang berlaku dalam beberapa bulan ni. 
Alhamdulillah, dah dapat yang ni. Moga je boleh dapat yang lebih baik lepas ni.
Sorry jugak sebab lama gila tak update blog ni, sangat busy dengan kelas yang pack dan juga dengan assignment. Tak masuk lagi dengan drawing, huhu. InsyaAllah ada kesempatan nanti, blog akan diupdate. :)
Oh, tak lupa jugak nak ucap kat sini..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YER KAWAN-KAWAN SEMUA!







Jan 1, 2012

Tahun Baru!

Assalamualaikum dan hai! Wahhhhh... LONG TIME NO SEE! Aku rindu sangat dah dengan blog ni dan tak lupa juga kat member- member yang selalu singgah ke blog ni, terima kasih diucapkan.

Aku nampak jugak komen dan ucapan korang kat shoutbox which is sekarang ni dah tak berfungsi lagi sebab dah start nak main bayar- bayar. Huh, memang taklah kan dengan keadaan aku sekarang ni, HAHA. Apapun, aku ucapkan korang semua selamat menyambut tahun baru! XD


Dan yang ini merupakan hasil daripada kitaorang, comic doodler , untuk tahun baru ni. Sepatutnya aku nak lukis cerita pasal ni tapi disebabkan busy dengan assignments, semua tu tertunggak. Dan akhirnya hanya mampu post yang ni je, HAHA.

The list of participants:
The Doom Bringers (Left Side)
1. Ernest Ng (http://dontlikethatbro.blogspot.com) – Shadow Ninjas
2. Aujinz (http://aujinz.blogspot.com/)- Blue MECHA
3. syuthekitteh (http://syuthekitteh.tumblr.com/) – Sailordoom & Super Evil Kitteh
4. Miss Morbids (http://missmorbids.net) Lady Morbids and Sir Oreo
5. Miao&WafuPafu (http://akiraceo.com) – DragonMaster
6. UTAR Boy ( http://utarboy.blogspot.com ) – Bankai Shinigami Boy
7. Pauline Low (http://iknowyoudontgiveadamnaboutmylife.blogspot.com) – Queen of Evil
8. Robin (http://burungrobin.blogspot.com) – Prince of Evil
9.The Sharkox (http://www.thesharkox.com/) – Mutant
The Protector of Earth (Right Side)
1. Amin Aizuddin (http://amin-aizuddin.blogspot.com)-Zorro Malaya
2. Egg & Yolk (http://theeggyolks.blogspot.com) – Eggatron
3. Munyamunya (http://charchillies.blogspot.com/) – Kitteh Army
4. Kendy’s life a.k.a house88kend (http://kendylife.blogspot.com)- Flower Goddess
5. A Medical Student Life Told in Comics (http://www.mistersimpleton.blogspot.com) – Medic Team
6. cheeChingy (http://cheechingy.com) – PokemonMaster
7. Bolehland (http://bolehland.net) – Samurais
8. SE ( http://syafeikaedora.blogspot.com) - Green warrior
9. Dorky Guy (http://dorkyguy.blogspot.com) – DragonRider
10. Kyoru (http://koudamainframe.blogspot.com) – Aegis Warriors
11. SayaDoodle (http://sayadoodle.com) -
12. Pek Chek Kia (http://pekchekkia.com) – Super Pek Chek Saiyan 4
High Res boleh dapat kat sini..

Nov 3, 2011

jawab!

Assalamualaikum dan hai,, HAHA lama gila tak post intro macam ni. Selalu post dengan komik rutin hidup je. Akey, banyak cakap pun tak guna. Aku kena tag oleh budak kampung untuk menjawab soalan ni. Banyak gila nak buat dalam tag, malas pun ada tapi kasihan pulak kat budak kampung ni. Biasalah, aku kan gadis yang penuh dengan rasa simpati. Gila cumil tak bila aku cakap macam tu?


 Rules :
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !

11 benda yang korang bakal tahu tentang aku,, sob sob.. tag ni membocorkan rahsia betullah!


1.  Nenek orang cina, atuk orang kaum meri seterusnya melahirkan ibu aku yang lahir dan menetap di semenanjung sehinggalah bertemu dengan ayah aku yang berbangsa kadazan dusun ( sabah ) dan lahirlah aku yang penuh kacukan,, bila kena tanya bangsa agak mengong polos jugaklah nak jawab!

2. Sangat meminati kartun dan animasi. Pernah ketika dahulu komik time darjah 4 dikoyakkan ibu kerana tak sentuh buku pelajaran langsung! Sigh!

3. Mula membuat akaun blog semasa tingkatan 4 tapi tak tahu fungsi so ditinggalkan begitu sahaja. Bulan 11 tahun 2010 baru mula serius dalam blogging ni. PFFFTTTTT, seriuslah sangat!

4. Pernah ditawarkan diploma animasi dan masa tu macam nak terjun bangunan sebab happy tapi sia-sia kerana aku terpaksa tolak ( animasi susah nak cari kerja derr) dan terima diploma perakaunan di mana aku tak ada basic langsung dan tak minat, last-last aku berhenti, agagagaga. =________=

5. Aku sangat suka makan nasi goreng tapi yang paling aku suka nasi goreng cina makan dengan sup daging. Tapi benda ni tak ada kat Sabah, and and and... bila aku pesan kat 1 abang ni kat SEGAMA dulu, boleh dia gelakkan aku? Dia ingat aku main-main kot..

6. Sangat malas masuk dapur untuk memasak, tapi kalau masuk dapur bongkar isi peti ais tu rajin.

7. Jarang dapat penyakit tapi bila dah dapat penyakit tu lama pulak nak baik.

8. Gadis berwajah cina. Kenapa aku cakap macam tu? Dulu, masa aku belum mula bertudung ( form1 ), aku dianggap cina and bila aku cakap pasal ada kelas arab tu, baru kakak tu tahu aku ni islam. Mati- mati dia ingat aku cina. Bukan dia seorang je, banyak lagi. Tambah- tambah kalau aku pakai spek ni, lagilah nampak hujung mata tu naik ke atas a.k.a sepet. Tapi sekarang dah pakai tudung, tak nampak sangatlah.

9. Aku suka cakap sorang-sorang dan tak suka pakai mekap dan tak suka pakai kasut tinggi. LOL, aku memang cerewet gila- gila pasal ni sampai ibu aku naik hangin bila aku cari kasut yang tak ada tumit berjam-jam.

10. Blog aku macam dikenali sebab selalu gaduh dengan ayam. Eh eh betul ke?

11. Aku kini berumur 19 tahun. Yeah!

Fuhh, habis pun pembongkaran identiti. Akey, ini pula soalan daripada budak kampung.

1. nama sebenar?
Nurul syafeika edora

2. makan apa pagi tadi?
Nasi goreng je.

3. korang sihat?
Tak, aku sakit gila.

4. asal negeri mana?
Sabah.

5. kalau ada orang nak rompak korang, apa korang akan buat?
Sepak aje! Aku penat-penat cari duit, suka suki je nak rompak?

6. kalau ada orang nak rogol korang, apa korang akan buat?
Terkebil- kebil. LOL

7. gua hensem tak?
Tengok mukalah, HAHA.

8. 2 + 3 - 25 x 34 + 396 / 150 - 1956 / 0 = ?
Aku tak terel lah bab ni.

9. sebab blogging? 
Suka- suka kot.

10. pernah rogol orang? KFC or McD?
Cubaan untuk merogol je, HAHA. * joke * Aku rasa dua- dua pun aku lahap.

11. marah gua tak sebab tag korang?
Tak, sebab aku ada alasan nak update blog. HAHA.

Sekarang aku pulak nak soal.

1. Apa pengalaman korang dalam berblogging ni?
2. Blog aku berat tak?
3. Apa pandangan korang terhadap blog aku ni? best ke? menyampah tahap gaban ke?
4. Umur korang sekarang berapa?
5. Aku comel tak?
6. Kalau ada rm100 kat tengah jalan, apa korang buat?
7. Entry apa yang korang paling suka kat blog aku ni?
8. Bangun pagi, benda pertama yang korang buat?
9.  Asal mana r?
10. Dari mana korang boleh tahu tentang kehadiran blog ni? * ayat tak boleh bla *
11. Aku dah tak ada idea lah, sampai sini je boleh kan?

Orang yang sangat- sangat bertuah untuk di tag :

1. Aujinz
2. Merah itu jambu
3. CC
4. Merah dunia mira
5. Absam
6. Gadis misteri
7. Hafifi
8. Hadi Marosadee
9. Blog semanis epal ( Cik Dill )
10. Tengku Puteri
11. Kak eka

Nota : Ada sesetengah blogger mungkin dah pernah jawab tag ni, tak pa, cuba lagi!




Jun 29, 2011

Blog komik yang cumil! apalagi? serang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca- pembaca kat blog ini.

 Akey, first nak minta maaf atas kelambatan saya  menyiapkan tempahan kepada sesiapa yang telah menempah chibidle, header atau sebagainya dekat saya hari tu. Alhamdulillah, ada sesetengah tu dah siap dah, bagi yang lambat reply emel dan mesej di facebook tu pulak memang lambatlah jugak siap kan? Sorry sekali lagi.

Bagai nak gila download pelbagai software supaya dapat siapkan tempahan tu. Sebab hari tu tanpa sengaja terpadam software la pulak. Syukur Allah masih lagi bagi aku kesempatan nak cari duit, dan aku akhirnya berjaya download semula software tu. Trimazz jugak kat korang yang tak jemu- jemu jawab soalan aku yang macam- macam, HAHA.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update entry. Itu pasal blog aku jarang update. Nak post entry pasal perasaan? Hmm.. tak kuasa. Korang pun akan menguap kalau baca, ye dak?

 So hari ini aku nak share blog- blog yang menggunakan lukisan ataupun komik sepenuhnya kat blog diorang. Jom serang! Klik link untuk ke blog dan uppsss, sila klik kanan dan pilih new tab :) .



Blog peribadi berbahasa inggeris yang senang difahami. Aku tengok komik dia selalunya berdasarkan kehidupan seharian dia, kira rutin harian dialah kan. Jangan tak tahu, dia ni Malaysian! Salah satu blog kegemaran aku. Sehari tak serang, tak sah!



Siapa yang tak kenal blog pemes lemas yang terel flash ni? HAHA. Blog otak mereng yang paling sempoi aku pernah baca. Setiap entry dia buat orang tak kering gusi. Pastikan korang membeli tali untuk mengikat perut, jadi nanti kalau dah emosi ketawa taklah terburai usus dalaman.



Blog yang sedang meningkat naik, tak macam aku yang menurun HAHA T_____T . Sentiasa menggunakan gambar ilustrasi yang simple dan tak serabut dengan cerita. Kadang- kadang aku tengok kartun dia, mengingatkan aku cerita Mat kacau kat astro ceria tu.



Blog putih suci murni dan sempoi. Setiap gambar dan entry mempunyai isi tersurat dan tersirat. Kadang- kadang akupun tak berapa faham apa yang dia cuba sampaikan, tapi main belasah je komen entry dia, HAHA.



Kartunis yang berbakat dan komik- komik pun dah pernah keluar kat paper. Ada buku- buku tersendiri, err maksud aku hasil komik- komik yang dihasilkan. Kalau rajin tu, pergilah beli dalam dua buku, kan?



Blog yang agak emo tapi ber- stail . Aku suka baca dan usha blog dia walaupun dia dah jarang update sekarang ni. Mempunyai pemikiran yang agak kronik, lebih- lebih lagi bila dia buat sesi temuramah dengan blogger yang lain. Blog pertama yang aku baca sebagai blog berkomik, dan seterusnya meng-inspirasikan aku untuk berkongsi bakat melukis kat blog.



Salah satu pelanggan yang menerima tempahan daripada aku. Walau bagaimanapun, aku tetap suka serang blog dia ni. Setiap entry dia menghiburkan dengan doodles yang dah dibuat.



Nama blog aja belog cap ayam tapi bila korang serang, mesti ternganga dengan dolydles yang dia buat. Sekarang ni dia menerima tempahan dolydle dan kalau nak, cepat- cepatlah order.



Belog tak sedar diri yang sibuk- sibuk nak join sekaki untuk diserang, walhal tak Hot pun.. T3T



May 24, 2011

perangai

Masa tak ada tempahan, beriya- iya nak.




Bila dah dapat tempahan, menyesal seribu kesal. 

dont take any pictures from this site, thank you :)

Moral of the story : Manusia jarang berpuas hati dengan apa yang mereka ada. Jarang mendapat pengajaran dalam sesuatu hal. Contoh bila time exam. Baru iya- iya nak study, menyesal sebab tak study awal- awal tapi dah habis semua exam, ulang perangai lama. T__________________T


Handsnote : Gambar pecah- pecah pulak. T________T . BTW,Aku baru siap edited satu blog ni. Dari header, kotak komen, template dan lain- lain lagi. Jom singgah kejap.

Klik <--


Apr 26, 2011

Owner blog sakit hati bila korang buat macam ni!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat korang yang sedang membaca belog ini. Wahh, aku sekarang sedang menginjak ke peringkat untuk menjadi budak baik ni. Dah selalu bagi salam, HAHA. Itu dah kira bagus! Buat baik bukan hanya pada dunia realiti tapi di dalam dunia maya jugak.

Tapi, bila ada orang buat macam ni. Mestilah ada hati yang sakit kan, siapa lagi kalau bukan tuan empunya blog yang korang selalu usha ataupun kadang- kadang je korang pergi lawat. Ahhh, lantaklah! Pendek kata aku nak cakap pasal feeling owner belog je sekarang ni, HAHAHA. ( ayat tak boleh blah )

Baiklah, mesti korang tertanya- tanya, apa yang buat si tuan empunya belog ni sakit hati ataupun menyampah atau sedih atau AHHH STARAIKTUDEPOIN! ( straight to the point ).



Yang ni memang annoyinglah. Kat shoutbox cakap bukan main manis sampai mulut je tak bersemut. Siap cakap dah follow amende kat shoutbox tu. Bila owner pergi tengok followers je. " Aik, tak meningkat pun? Dia ni betul ke ada follow aku ni?" TAKPUN.." Penipu punya malaun! cakap dah follow tapi tak follow pun. Nanti kau! " . Kuikuikui. Tak pasal pasal perang dunia blogging meletus hanya disebabkan ini. Well, benda alah ni dah banyak kali terjadi. Salah satu taktik keji blogger yang kemaruk follower buat macam ni. Konon cakap macam tu, owner blog yang dia pergi lawat tu akan follow dia balik. Alaaa... " I FOLLOW U, U FOLLOW I " lah katakan!


Akey, yang ni pun boleh buat orang bengang jugak! Kalau aku kena, akupun bengang jugak. Mujur tak jadi Bangang. Eh, ayat dah jadi kasar sangat pulak. Malas nak tekan backspace. Biar jelah. Yang ni, dah bagus- bagus orang tu follow dia, owner pun sedang happy bila tengok followers dia semakin meningkat. Tiba- tiba malamnya... " Eh, kenapa berkurang? Siapa unfollowed ni? Pergi check jap! Grrr... " Tak ke haru? 

Bayangkan kalau korang di situasi owner tersebut. Korang pasti akan mencarut ataupun membebel yang bukan- bukan. Akupun pernah jugak nak unfollow blog- blog yang aku pernah followed tapi tak sampai hati. Aku tahu macam mana feels dia nanti. So biarkan jelah. Bukannya aku rugi pun, entah- entah dapat pahala gembirakan orang lain? Mana kita tahu kan? AAminn..HEHE. So, sebelum korang follow satu blog tu, fikir masak- masak dulu. Bukan follow blog orang tu sebab nak dia follow korang balik. Nanti korang unfollow, then dia unfollow balik. Mesti korangpun sakit hati kan?


Benda ni dah umum dan semua blogger tahu. Ada yang memaki kat shoutbox, ada yang memaki kat komen dan macam- macam lagilah. Siap buat entry perang dan tag nama si dia lagi! Lepas tu, orang yang kena maki tu pun buatlah satu entry khas untuk membalas. Maki punya maki sampai bila pun tak habis- habis. Kalau dah nampak ada benda salah, tegurlah baik- baik kan? Tak payahlah nak kecoh- kecoh sampai buat entry memaki. Bila orang lain pulak yang membaca blog korang tentang entry bermaki- makian tu, apa pulak pemikiran mereka tentang diri korang? Korang yang malu kan? Apa? Blog aku, suka hati akulah! Hmm, lantaklah. Jangan pelik kalau pembaca korang tak pernah nak melekat kat blog korang nanti.. ( Eh, aku dah keluar tajuk ke ? )


HUHU. Yang ini aku tak berapa pasti apalah motif untuk diorang berbuat sedemikian. Tak bacapun entry owner blog tu, tiba- tiba komen macam yang dia kagum yang amat! So, owner pun pun hairan bin ajaib. Si pembaca ni baca ke tak entry aku ni? Aku post pasal tahi ayam pun dia cakap HEBAT ? Alaa... nampak sangatlah pembaca tu tak baca apa- apa kan? Saja ja nak gimik, konon dia bacalah entry tu. Lepas tu berharap yang owner tu akan melawat blog dia lepas ni. 

Mentang- mentanglah dengan berkomen- komen ni boleh menjana traffik bagai. Mulalah nak buat macam tu. Tapi, tanpa korang ketahui, benda ni lah yang akan menjatuhkan traffik. ( kot ) . Owner akan rasa menyampah dan takkan pergi ke blog korang. Tapi kalau owner tu aktif, mungkin jugak dia akan melawat blog korang dan sindir korang pulak. HAHA. Sebaiknya, korang komen yang baik- baik punya. Berikan pendapat korang. Macam tu baru dapat connection antara blogger sekaligus merapatkan silaturahim. Bukan dengan komen " cool ", " best ",  " ooo.. " . Oh my goat ! ( oh kambing saya ). Malas aku nak main komen macam nilah. Tak tahu nak balas apa, HAHA.

benda ni semua pernah tempias kat aku, HAHA. Korang pernah ke? Ke ada benda lain lagi yang buat owner rasa macam nak cekik- cekik ni? Meh kongsikan..



Maaf sekiranya penggunaan ayat yang kasar ini membuatkan pembaca  kecil hati. Nanti kit cari pom basikal, kita pom hati tu sama- sama ek, besarkan hati tu semula.. :p

Mar 24, 2011

apa ini? doodle copycat? header?

Dah berapa hari ek tak update belog? Still, alhamdulillah, masih ada lagi yang sudi menjenguk belog ini. Trimaz..trimaz. So, hari ini aku nak update belog yang dah mula bersawang ni. Sejak kebelakangan ini, aku sibuk dengan urusan header dan template. Dari pagi ke malam asyik menghadap laptop, mujur tak jadi rabun!
Memandangkan semua tu dah siap, laju je aku update belog ni,HAHA.

Ada juga yang meminta agar header tu diubah, untuk menyiapkan header tu, tempahan yang lain turut tertunggak. ( Gila, skema siot!) .HAHA. Akey, ini antara header yang telah disiapkan.







header dengan status twitter




Yang ini untuk banner pulak.





Trimaz bagi siapa-siapa yang menempah tu k. Credit to google dan OSM jugak untuk gambar- gambar comel ini, HEHE. Btw, isu copy atau mengambil doodle sekarang ni memang dah HOT di antara para blogger! Dah ramai kot yang post pasal bab ni.

Antaranya :


pinkgajahstory dan banyak lagilah.


cilok dari pink gajah XD

Yang ini post satu blogger ni, tak tahu siapa. Walaubagaimanapun, tak patutlah marah- marah kan? Memang dah salah sebab ambil tanpa kebenaran. Kalau tetap nak guna juga, buatlah page untuk credit kalau dah padam watermark tu. Akupun pernah juga ambil tanpa kebenaran ( bocor rahsia! LOLX ) , tapi watermark tak padam. Kalau padam pun, aku bagi credit.

Aku faham sangat kalau idea, lukisan dan sebagainya yang kita buat sendiri tu kena ambil dan diakui yang segala hasil tu sebenarnya dia yang buat. Siapa dia? Orang yang mengambil tu lah. Apapun, benda ni dah bagi kita semua pengajaran termasuk aku, HAHA. 

Dan tahniah jugak bagi yang dah mula bagi credit dan membuang doodle tu. :D

Sama- samalah kita jadikan ikhtibar ekk. Kasihan mereka yang bersusah payah memerah otak, kita pula senang- senang mengambil, ye dak? Dan aku pun nak minta maaf kat sini, kalau aku pernah buat orang sakit hati dan minta maaf jugak kalau aku mengambil hasil seseorang tu dan tak bagi credit. * tetiba * .

Mar 16, 2011

facebook lembap? try this!

Masuk mukabuku, asyik nampak komen dan status pasal " facebook " lembap aje! Ada yang cakap facebook dah nak tutup, tu sebab dah jadi lembap. Ada jugak yang cakap sekarang ni dah banyak member yang mendaftar masuk dan menjadi ahli, sebab tu makin lembap, sesak. Dan ada jugakkkkkk yang mengaitkan dengan kejadian baru- baru ni kat Jepun. Tak tahu mana yang betul.

Tetapi, korang boleh mengatasi masalah ni sekarang. Dengan mengikut tutor kat bawah ni, InsyaALLAH facebook yang korang rasa lembap tu akan menjadi pantas semasa loading nanti. Aku dah try dah, korang bila lagi kan kalau bukan sekarang?

Kalau nak, sila ikut tutor ni k.

Sila pegi ke COMPUTER--> ACER(C:)--> WINDOWS--> SYSTEM32 --> DRIVERS --> ETC




Pastu bukak fail host dengan menggunakan notepad. Tambah perkataan ni kat akhir tu sekali.


 203.106.85.66 www.facebook.com





contoh :




Dan kalau dah siap letak perkataan tu, bolehlah save.


Bagi yang menghadapi masalah untuk save ( macam akulah tu ), lepas korang dah letak perkataan tu, save je.  Pastu mesti dia keluar pop up yang mengatakan benda ni tak dapat nak save kat folder tu. So save je kat document dulu. File yang korang dah save kat document tu korang cuba copy atau terus gantikan file host yang asal kat folder tadi. 


Akey, tak paham? Macam ni, fila yang korang dah ubah tu korang tak dapat nak save kan? so korang save dulu kat document. Then cuba copy dan paste kat folder yang korang masuk tadi, yang ada file host tu. Pastu akan keluar satu pop up yang mengatakan file host tu are already exist! So, replace je file tu. Then save!


Itu jela kot.. 


:D


updated!


Akey, yang ni untuk pengguna linux dan ubuntu. Bagi pengguna dell dan lain- lain, aku tak tahu lagi.


1. Pergi ke application ->Accessories--> Terminal.


2. Pastu,  gedit /etc/hosts .


3. Bawah 127.0.1.1 , masukkan code ni.



 203.106.85.66 www.facebook.com



4. save!






credit : hehehunter





salah satu header dah siap ;p

First, maaf sesangat kepada pyka ( eh, nama hampir sama dengan aku, wahh..best dapat panggil nama sendiri. ) sebab lambat sikit hantar header preview tu kat pyka k. Saya ( instead of aku, tak sopan cakap dengan orang pakai aku kalo pomel.. ) baru dapat buat hari ni sebab semalam ada forum and balik lambat sikit. Balik- balik je kira nak buat terus tapi penatlah pulok. Malamnya takde elektrik, hmppph hampeh betul. Dan alhamdulillah, hari ni dapat pun siapkan header tu.

Tak tahulah kalau pyka suka atau tak header tu. Well, awal- awal lagi saya dah bagitahu yang peluang untuk mengubah header ada dua kali. So kalau nak ubah, sempat lagi. XD    . Btw, ini merupakan contoh header yang saya dah buat untuk pyka. Yang lain sila jangan copy k. Nak tempah sila baca terms kat sini dulu.



Sorry kalau tak cantik dan tak seperti yang pyka nak. Sebab tu saya bagi peluang dua kali untuk mengubah sebab saya pun bukannya professional pun. HEHE. And thanks jugak sebab sudi tempah k. ;)

Credit to little nubnubs' doodle. Nampak tu? tak remove watermark akey? HUHU.

Feb 16, 2011

kita santai dengan video sengal ni,haha

Hehe, sorry sebab tajuk agak kasar sikit pada hari ini. Niii haaa.. aku nak share sikit dengan korang video- video yang aku jumpa ni. Video ni dah banyak dah orang yang view dan post kat belog diorang. Aku pun tak tahulah sesapa yang dah post. Takkan aku nak cari sesatu, ye dak?

Video ni memang kelakar gegiler r. Tak dapat nak dinafikan. Cara dia berlakon, bercakap tu memang santai habis. Aku suka tengok. Lagipun, semua video yang dia buat ni memang ada isi dan boleh buat kita tersedar. Tupun kalau korang tersedar laa. Dah, meh tengok, kompem korang gelak- gelak sampai terburai isi perut. Huiisy, dasat!


Feb 8, 2011

attention! warning! important!

Hari ni aku terlebih rajin nak buat entry. Masuk yang ni dah tiga kali aku post entry untuk hari selasa ni! Yoshhh..  apakah itu dipanggil kebosanan atau teruja? Ahh.. mana- mana jela kan? huhu..yang penting aku happy yappy.. ngaaa... tapi tu semua tak berbaloi kalau aku tak sebarkan benda ni! Benda ni bukan benda alah yang korang boleh abaikan.. tapi betul- betul urgent!

Aku tahu dah ramai yang tahu pasal ni, still masih tak buat! Macam aku lah kot, huhu. Bila aku usha satu belog ni, barulah aku tergerak sikit nak buat. Thank to her ( tak tahulah nama dia sape ). Aku tahu dalam minggu lepas kot takpun sebelum tu. Tahu dari mukabuku lah kann..mana lagi?! Akey, so korang yang jauh daripada aku ni, TOLONGGGGG LAH BUAT K?

Korang mesti dah pernah dengar kan pasal gambar yang patut dibuang dari lappy korang tu? Tapi korang malas nak cari dan sekadar membaca post pasal penyebaran tu dan terus abaikan. Itu sebab korang tak nampak lagi gambar tu! Ahhh.. pulak, panjang pulak mukadimah aku ni. Yoshhh.. habis mukadimah ni, meh usha benda penting ni!!


Pelik ek tetibe gambar ni jadi penting? Rasanya korang pernah nampak ayat ni kan?



Salam,rakan2 sekalian, dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUS! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.SEBARKAN SEMAMPUNYA


Haa..tula dia! Bila korang dah masuk ikut 'panduan' yang diberi tu, korang akan nampak gambar yang dimaksudkan. Nak tengok? nak tengok? jom...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 Taddaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Inilah gambar macam Zionis tu. So harap korang padam gambar ni dar Lappy korang k? Trimazz...Btw, aku nak sambung study dalam bidang ape ek? grafik or tourism? minta pendapat sikit...




Dec 8, 2010

murid vs cikgu

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kataselamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapanini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgusebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)