Jun 29, 2011

Blog komik yang cumil! apalagi? serang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca- pembaca kat blog ini.

 Akey, first nak minta maaf atas kelambatan saya  menyiapkan tempahan kepada sesiapa yang telah menempah chibidle, header atau sebagainya dekat saya hari tu. Alhamdulillah, ada sesetengah tu dah siap dah, bagi yang lambat reply emel dan mesej di facebook tu pulak memang lambatlah jugak siap kan? Sorry sekali lagi.

Bagai nak gila download pelbagai software supaya dapat siapkan tempahan tu. Sebab hari tu tanpa sengaja terpadam software la pulak. Syukur Allah masih lagi bagi aku kesempatan nak cari duit, dan aku akhirnya berjaya download semula software tu. Trimazz jugak kat korang yang tak jemu- jemu jawab soalan aku yang macam- macam, HAHA.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update entry. Itu pasal blog aku jarang update. Nak post entry pasal perasaan? Hmm.. tak kuasa. Korang pun akan menguap kalau baca, ye dak?

 So hari ini aku nak share blog- blog yang menggunakan lukisan ataupun komik sepenuhnya kat blog diorang. Jom serang! Klik link untuk ke blog dan uppsss, sila klik kanan dan pilih new tab :) .



Blog peribadi berbahasa inggeris yang senang difahami. Aku tengok komik dia selalunya berdasarkan kehidupan seharian dia, kira rutin harian dialah kan. Jangan tak tahu, dia ni Malaysian! Salah satu blog kegemaran aku. Sehari tak serang, tak sah!



Siapa yang tak kenal blog pemes lemas yang terel flash ni? HAHA. Blog otak mereng yang paling sempoi aku pernah baca. Setiap entry dia buat orang tak kering gusi. Pastikan korang membeli tali untuk mengikat perut, jadi nanti kalau dah emosi ketawa taklah terburai usus dalaman.



Blog yang sedang meningkat naik, tak macam aku yang menurun HAHA T_____T . Sentiasa menggunakan gambar ilustrasi yang simple dan tak serabut dengan cerita. Kadang- kadang aku tengok kartun dia, mengingatkan aku cerita Mat kacau kat astro ceria tu.



Blog putih suci murni dan sempoi. Setiap gambar dan entry mempunyai isi tersurat dan tersirat. Kadang- kadang akupun tak berapa faham apa yang dia cuba sampaikan, tapi main belasah je komen entry dia, HAHA.



Kartunis yang berbakat dan komik- komik pun dah pernah keluar kat paper. Ada buku- buku tersendiri, err maksud aku hasil komik- komik yang dihasilkan. Kalau rajin tu, pergilah beli dalam dua buku, kan?



Blog yang agak emo tapi ber- stail . Aku suka baca dan usha blog dia walaupun dia dah jarang update sekarang ni. Mempunyai pemikiran yang agak kronik, lebih- lebih lagi bila dia buat sesi temuramah dengan blogger yang lain. Blog pertama yang aku baca sebagai blog berkomik, dan seterusnya meng-inspirasikan aku untuk berkongsi bakat melukis kat blog.



Salah satu pelanggan yang menerima tempahan daripada aku. Walau bagaimanapun, aku tetap suka serang blog dia ni. Setiap entry dia menghiburkan dengan doodles yang dah dibuat.



Nama blog aja belog cap ayam tapi bila korang serang, mesti ternganga dengan dolydles yang dia buat. Sekarang ni dia menerima tempahan dolydle dan kalau nak, cepat- cepatlah order.



Belog tak sedar diri yang sibuk- sibuk nak join sekaki untuk diserang, walhal tak Hot pun.. T3T



Jun 19, 2011

umur dan wajah! Huh?


babak satu...




babak dua...








Mesti korang pun pernah macam ni kan? Tipulah kalau tak pernah, HAHA.



Jun 10, 2011

gembira

Sepanjang minggu ni memang banyak benda yang menggembirakan. Antaranya dalam empat hari aku dah dapat pengalaman mengajar bersama sepupu sendiri dan  hari ni pulak, aku dah genap umur tetttt! HAHA.



Bukan senang sebenarnya nak jadi guru ni. Lebih- lebih lagi ketika kita sedang menyemak kertas hasil tangan mereka. =.="




Karangan tu minta LIMA PENGAJARAN, tapi inilah hasilnya. Then, akupun jadi blur...



Mula- mula aku bagi dua je but then my mom suruh bagi lima markah. Aku pun pelik dan tanya.

" Apsal pulak?"

" Bagi jelah lima, PENAT dia menulis... "

O.o

Err... akey, kiranya itu markah kasihanlah kan? kan?

Banyak benda yang aku dapat masa aku jadi guru tak rasmi ni ( sementara ). Kebanyakkan budak- budak, masih ada lagi yang perlu diberikan tekanan (perhatian) dalam pembelajaran. Bayangkan tahun enam tetapi masih tidak pandai membaca! Macam mana dengan UPSR diorang agaknya nanti? Aduhh, ketaralah bah di rumah tu tiada- tiada bukak buku! Naaa.. cakap Sabah sudah, agagagah.

Well, empat hari mengajar pun sudah cukup memadai. Sekurang- kurangnya ada jugak pengalaman kan? :)







HUHU, yang itu untuk hari tu. Sekarang ni pulak pasal hari ni. My birthday, yeah! Trimazz kat korang semua yang wish kat aku. Mahupun kat facebook or handphone :) Terharu berbaldi- baldu ni. Memang happy hari ni. Aku celebrate dua kali! Sekali dengan cousin dan kedua kalinya pulak dengan keluarga kat rumah.


Yang ni masa dengan cousin. Kek dengan family tak dapat nak masukkan kat sini sebab tak sempat nak snap. Kek dengan family tu perisa yam. Eh, apa hal ayat skema ni? HAHA.



 Yes! Boleh nampak aku dibuli dengan kejam sekali kat sana. T3T Mula- mula aku disapukan dengan krim kek. Ingatkan dah tak ada lagi, penat- penat cuci muka, siap pinjam krim pencuci muka cousin lagi tau! Tau.. tau..

" Ika, tengok sini kejap...."

Naa... dah kena baling tepung! Terima kasih kepada anda. Anda semua memang kejam, aahaha. Dah siap cuci muka dan bersihkan tepung tu pun tak guna jugak sebab kena balik. Haihh.. last- last, sampai lari- lari kat jalan raya semata- mata nak kenakan diorang yang lain. Hingus meleleh pun tak peduli, uppss! Tunang cousin pun tak terkecuali. Peduli apa kau kan? AHAHA. 

Last but not least, trimazz sekali lagi kepada korang semua. Aku sayang korang! HEHE. 

Handsnote : Doakan supaya aku sembuh dari sakit, hee  :D