Aug 30, 2011

Salam aidilfitri !

Assalamualaikum dan hai korang! Wah.. lama gila tak update kan? Itulah kalau dah malas! Bila dah ada cerita asyik malas nak lukis, last-last cerita dah basi pulak kalau nak post kat dalam blog ni. Tambahan lagi, ada tempahan yang nak disiapkan. Tambah-tambahlah lagi perasaan malasiii tu haa.

Apapun, masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya ni? So kat dalam blog ni, aku up satu entry pendek dan nak ucapkan salam aidilfitri buat sesiapa yang sedang membaca (kalau ada lah ) ni. Sekiranya aku ada post entry kutuk- mengutuk pasal korang dalam ni, aku minta ampun banyak- banyak.




Raya tahun ni tak berapa best kot. Tak meriah sangat, huhu. Tapi baru raya pertama kan? Tak tahulah esok- esok. Just wish korang gembiralah raya tahun ni, Aaamin.