Sep 25, 2011

Lagi gara- gara ayam










Tak tahulah kenapa sejak dua menjak tiga menjak ni, ayam yang sama selalu je nak cari pasal dengan aku. Hari tu mula nak bertelur, kali ni ayam tu masuk rumah pulak. Tak ada ke tempat lain yang dia boleh pergi?

I have no choice, dah siap kemas dan bersihkan rumah, terpaksa buat balik... selepas ayam tu lari lintang pukang disebabkan aku mengejar ' beliau ' hingga menyebabkan barang- barang semua berselerak kat lantai.



entry pasal ayam jugak T__T

> klik <

Sep 18, 2011

Temuduga seni lukis dan seni reka

Hari tu ( Ceh, hari tu lah sangat padahal baru semalam kena ), aku ada temuduga seni lukis dan seni reka. Aku ingatkan aku takkan dapat course ni. Yalah, masa aku tengok hari tu tak ada pulak. So dah dapat ni kira bersyukur jugalah. So, dalam beberapa hari ni aku cuma melukis aje. Membaca? Tak ada langsung!

So, kemarin tu jam sepuluh dah gerak dah. Tapi singgah kejap kat mana entah, agak lama jugaklah aku menunggu sampai kepanasan ya amat. Dekat jam sebelas baru gerak semula nak pergi ke UiTM Sabah. Adalah dalam dua jam kot. Bila da sampai tu, memang dah banyak orang yang tengah tunggu masa untuk temuduga tu.

Dah jam dua petang, kitaorang diarahkan masuk ke dalam satu bilik ni, di mana kitaorang akan melukis satu benda ni dari perspektif masing- masing. So, semua yang ada kat dalam bilik tu pun mula melukis dan fokus dengan view masing- masing termasuk aku. Kitaorang kena lukis dalam masa sejam. Cuba bayangkan kena lukis satu kotak kayu dan dengan satu benda ni yang ditutupi dengan kain yang bercorak- corak panjang. Err... tak tahu nak explain macam mana.


Dah habis masa sejam tu, semua diarahkan untuk berhenti. Lepas tu, setiap seorang diberikan sehelai kertas di mana ada enam petak dan mempunyai garis- garis tersendiri. Haa, yang ini adalah ujian kreativiti di mana korang kena sambungkan setiap garis- garis tu menjadi satu gambar atau sebuah cerita. Kiri kanan aku memang cantiklah lukisan diorang sedangkan aku, entah apa- apa aje yang aku lukis. HAHA, abaikan.

Dah siap dalam masa 20 minit tu, kitaorang akan ditemuduga sorang- sorang. Yang ini tak ada apa- apa sangat pun. Memandangkan hari dah petang sangat dan masih ada banyak lagi yang sedang menunngu, aku cuma ditanya sikit je. Apa yang aku minat dan blablabla..

Tiba- tiba..




Then, tiba- tiba dia bulat bahagian pencetakan. Akupun macam blur sikit masa tu. Bila dia tengok aku macam tu, dia tanya pulak.

" Napa? Tak suka?"
" Saya tak berapa minat pencetakan."
" Pencetakan ni ada grafik, blablabla..."

Aku dah tak ingat apa dia cakap lagi. So, sekarang ni aku dapat pencetakan ke? Best ke course ni? Aku tertanya- tanya jugak. Kalau aku dapat course ni, pergi ke Melaka atau Peraklah jawabnya. Hah, tunggu ajelah keputusannya!


Eh, ya ke?