Aug 30, 2011

Salam aidilfitri !

Assalamualaikum dan hai korang! Wah.. lama gila tak update kan? Itulah kalau dah malas! Bila dah ada cerita asyik malas nak lukis, last-last cerita dah basi pulak kalau nak post kat dalam blog ni. Tambahan lagi, ada tempahan yang nak disiapkan. Tambah-tambahlah lagi perasaan malasiii tu haa.

Apapun, masih belum terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya ni? So kat dalam blog ni, aku up satu entry pendek dan nak ucapkan salam aidilfitri buat sesiapa yang sedang membaca (kalau ada lah ) ni. Sekiranya aku ada post entry kutuk- mengutuk pasal korang dalam ni, aku minta ampun banyak- banyak.




Raya tahun ni tak berapa best kot. Tak meriah sangat, huhu. Tapi baru raya pertama kan? Tak tahulah esok- esok. Just wish korang gembiralah raya tahun ni, Aaamin.

Aug 16, 2011

Kanak- kanak riang

Assalamualaikum dan hai buat pembaca belog hingusan ini,hihi. Maaf sebab tak update belog ni. Sikap malas semakin menjadi- jadi, KUIKUIKUI. Ini update pun sebab kena paksa dengan si INI dan si INI. Katanya sudah rindu dengan entry kat belog ni, koooonon..hahaha.

Hari ni tak lukis pun, sebab bijiii ( busy ) dengan tempahan belog. Lagi- lagi tengah puasa, tidur ajelah kerjanya walhal taklah penat mana pun. Lebih- lebih lagi bila ada masa nak buat kerja ni.




 Cikgu hazwan- tak sempat siap sebab ada kelas ( KONON )



Cikgu Roki- tak tahulah itu tanah ke apa..


Cikgu Farhah- kreatif tahap kritis.


Dari cousin.


Dan ini pulak dari aku.



Ini hasil daripada cikgu- cikgu..hihi

Pandai- pandailah nilai mana yang lawa,HAHA.

Aug 1, 2011

Background sempena puasa

Assalamualaikum dan Hai! :D

Hari ini hari pertama puasa dan sure- surelah penat sangat- sangat. Bukan main lagi semua nak post pasal puasa, siap dengan niat lagi. Dan tak kurang juga, ada yang dah tukar background macam wan. Sebelum puasa tu, aku memang dah bercadang nak tukar background tapi orang tak kreatif, biasalah suka menangguh, kan? HAHA.

So, hari ini aku memaksakan diri untuk melukis chibidle dengan bertelekung. Kononnya nak pergi terawihlah kan... T 3 T.

Lepas tu pulak, nak buat background yang nampak syahdu. Mula- mula buat dengan warna hitam, then tukar warna biru tapi tetap tak kena jugak. So last- last, warna hijaulah jugak. Macam PELIKs! Argh, aku dah malas dah nak tukar. Nak tak nak, itulah background untuk belog ni! HA! HA! HA! T.T



pertama..


Keputusan!

Oh, tolong jangan cilok background ini, trimaz! :) Aku cuma tukar background je, tak nak tukar template sebab aku dah suka dengan template yang aku ada sekarang ni. Lagipun, penat tu asyik nak tukar template terus, kan? kan? 

Akeylah, Semoga sahaja di bulan yang penuh mulia ini, kita dapat menambahkan pahala dan kurangkan dosa yang dah bertimbun- timbun. Dan aku jugak doakan korang semua supaya murah rezeki di bulan ini dan seterusnya. Aamin..  :)


Pstt... pes taim post pasal puasa kat belog ni, lalalala...