Jun 29, 2011

Blog komik yang cumil! apalagi? serang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca- pembaca kat blog ini.

 Akey, first nak minta maaf atas kelambatan saya  menyiapkan tempahan kepada sesiapa yang telah menempah chibidle, header atau sebagainya dekat saya hari tu. Alhamdulillah, ada sesetengah tu dah siap dah, bagi yang lambat reply emel dan mesej di facebook tu pulak memang lambatlah jugak siap kan? Sorry sekali lagi.

Bagai nak gila download pelbagai software supaya dapat siapkan tempahan tu. Sebab hari tu tanpa sengaja terpadam software la pulak. Syukur Allah masih lagi bagi aku kesempatan nak cari duit, dan aku akhirnya berjaya download semula software tu. Trimazz jugak kat korang yang tak jemu- jemu jawab soalan aku yang macam- macam, HAHA.

Sebenarnya aku tak ada idea nak update entry. Itu pasal blog aku jarang update. Nak post entry pasal perasaan? Hmm.. tak kuasa. Korang pun akan menguap kalau baca, ye dak?

 So hari ini aku nak share blog- blog yang menggunakan lukisan ataupun komik sepenuhnya kat blog diorang. Jom serang! Klik link untuk ke blog dan uppsss, sila klik kanan dan pilih new tab :) .



Blog peribadi berbahasa inggeris yang senang difahami. Aku tengok komik dia selalunya berdasarkan kehidupan seharian dia, kira rutin harian dialah kan. Jangan tak tahu, dia ni Malaysian! Salah satu blog kegemaran aku. Sehari tak serang, tak sah!



Siapa yang tak kenal blog pemes lemas yang terel flash ni? HAHA. Blog otak mereng yang paling sempoi aku pernah baca. Setiap entry dia buat orang tak kering gusi. Pastikan korang membeli tali untuk mengikat perut, jadi nanti kalau dah emosi ketawa taklah terburai usus dalaman.



Blog yang sedang meningkat naik, tak macam aku yang menurun HAHA T_____T . Sentiasa menggunakan gambar ilustrasi yang simple dan tak serabut dengan cerita. Kadang- kadang aku tengok kartun dia, mengingatkan aku cerita Mat kacau kat astro ceria tu.



Blog putih suci murni dan sempoi. Setiap gambar dan entry mempunyai isi tersurat dan tersirat. Kadang- kadang akupun tak berapa faham apa yang dia cuba sampaikan, tapi main belasah je komen entry dia, HAHA.



Kartunis yang berbakat dan komik- komik pun dah pernah keluar kat paper. Ada buku- buku tersendiri, err maksud aku hasil komik- komik yang dihasilkan. Kalau rajin tu, pergilah beli dalam dua buku, kan?



Blog yang agak emo tapi ber- stail . Aku suka baca dan usha blog dia walaupun dia dah jarang update sekarang ni. Mempunyai pemikiran yang agak kronik, lebih- lebih lagi bila dia buat sesi temuramah dengan blogger yang lain. Blog pertama yang aku baca sebagai blog berkomik, dan seterusnya meng-inspirasikan aku untuk berkongsi bakat melukis kat blog.



Salah satu pelanggan yang menerima tempahan daripada aku. Walau bagaimanapun, aku tetap suka serang blog dia ni. Setiap entry dia menghiburkan dengan doodles yang dah dibuat.



Nama blog aja belog cap ayam tapi bila korang serang, mesti ternganga dengan dolydles yang dia buat. Sekarang ni dia menerima tempahan dolydle dan kalau nak, cepat- cepatlah order.



Belog tak sedar diri yang sibuk- sibuk nak join sekaki untuk diserang, walhal tak Hot pun.. T3T



14 comments: