Nov 3, 2011

jawab!

Assalamualaikum dan hai,, HAHA lama gila tak post intro macam ni. Selalu post dengan komik rutin hidup je. Akey, banyak cakap pun tak guna. Aku kena tag oleh budak kampung untuk menjawab soalan ni. Banyak gila nak buat dalam tag, malas pun ada tapi kasihan pulak kat budak kampung ni. Biasalah, aku kan gadis yang penuh dengan rasa simpati. Gila cumil tak bila aku cakap macam tu?


 Rules :
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back !

11 benda yang korang bakal tahu tentang aku,, sob sob.. tag ni membocorkan rahsia betullah!


1.  Nenek orang cina, atuk orang kaum meri seterusnya melahirkan ibu aku yang lahir dan menetap di semenanjung sehinggalah bertemu dengan ayah aku yang berbangsa kadazan dusun ( sabah ) dan lahirlah aku yang penuh kacukan,, bila kena tanya bangsa agak mengong polos jugaklah nak jawab!

2. Sangat meminati kartun dan animasi. Pernah ketika dahulu komik time darjah 4 dikoyakkan ibu kerana tak sentuh buku pelajaran langsung! Sigh!

3. Mula membuat akaun blog semasa tingkatan 4 tapi tak tahu fungsi so ditinggalkan begitu sahaja. Bulan 11 tahun 2010 baru mula serius dalam blogging ni. PFFFTTTTT, seriuslah sangat!

4. Pernah ditawarkan diploma animasi dan masa tu macam nak terjun bangunan sebab happy tapi sia-sia kerana aku terpaksa tolak ( animasi susah nak cari kerja derr) dan terima diploma perakaunan di mana aku tak ada basic langsung dan tak minat, last-last aku berhenti, agagagaga. =________=

5. Aku sangat suka makan nasi goreng tapi yang paling aku suka nasi goreng cina makan dengan sup daging. Tapi benda ni tak ada kat Sabah, and and and... bila aku pesan kat 1 abang ni kat SEGAMA dulu, boleh dia gelakkan aku? Dia ingat aku main-main kot..

6. Sangat malas masuk dapur untuk memasak, tapi kalau masuk dapur bongkar isi peti ais tu rajin.

7. Jarang dapat penyakit tapi bila dah dapat penyakit tu lama pulak nak baik.

8. Gadis berwajah cina. Kenapa aku cakap macam tu? Dulu, masa aku belum mula bertudung ( form1 ), aku dianggap cina and bila aku cakap pasal ada kelas arab tu, baru kakak tu tahu aku ni islam. Mati- mati dia ingat aku cina. Bukan dia seorang je, banyak lagi. Tambah- tambah kalau aku pakai spek ni, lagilah nampak hujung mata tu naik ke atas a.k.a sepet. Tapi sekarang dah pakai tudung, tak nampak sangatlah.

9. Aku suka cakap sorang-sorang dan tak suka pakai mekap dan tak suka pakai kasut tinggi. LOL, aku memang cerewet gila- gila pasal ni sampai ibu aku naik hangin bila aku cari kasut yang tak ada tumit berjam-jam.

10. Blog aku macam dikenali sebab selalu gaduh dengan ayam. Eh eh betul ke?

11. Aku kini berumur 19 tahun. Yeah!

Fuhh, habis pun pembongkaran identiti. Akey, ini pula soalan daripada budak kampung.

1. nama sebenar?
Nurul syafeika edora

2. makan apa pagi tadi?
Nasi goreng je.

3. korang sihat?
Tak, aku sakit gila.

4. asal negeri mana?
Sabah.

5. kalau ada orang nak rompak korang, apa korang akan buat?
Sepak aje! Aku penat-penat cari duit, suka suki je nak rompak?

6. kalau ada orang nak rogol korang, apa korang akan buat?
Terkebil- kebil. LOL

7. gua hensem tak?
Tengok mukalah, HAHA.

8. 2 + 3 - 25 x 34 + 396 / 150 - 1956 / 0 = ?
Aku tak terel lah bab ni.

9. sebab blogging? 
Suka- suka kot.

10. pernah rogol orang? KFC or McD?
Cubaan untuk merogol je, HAHA. * joke * Aku rasa dua- dua pun aku lahap.

11. marah gua tak sebab tag korang?
Tak, sebab aku ada alasan nak update blog. HAHA.

Sekarang aku pulak nak soal.

1. Apa pengalaman korang dalam berblogging ni?
2. Blog aku berat tak?
3. Apa pandangan korang terhadap blog aku ni? best ke? menyampah tahap gaban ke?
4. Umur korang sekarang berapa?
5. Aku comel tak?
6. Kalau ada rm100 kat tengah jalan, apa korang buat?
7. Entry apa yang korang paling suka kat blog aku ni?
8. Bangun pagi, benda pertama yang korang buat?
9.  Asal mana r?
10. Dari mana korang boleh tahu tentang kehadiran blog ni? * ayat tak boleh bla *
11. Aku dah tak ada idea lah, sampai sini je boleh kan?

Orang yang sangat- sangat bertuah untuk di tag :

1. Aujinz
2. Merah itu jambu
3. CC
4. Merah dunia mira
5. Absam
6. Gadis misteri
7. Hafifi
8. Hadi Marosadee
9. Blog semanis epal ( Cik Dill )
10. Tengku Puteri
11. Kak eka

Nota : Ada sesetengah blogger mungkin dah pernah jawab tag ni, tak pa, cuba lagi!




17 comments:

  1. diploma animasi??! ohhsemmm..tapi memang bidang animasi tak boleh jamin masa depan sangat..
    terima kasih ye sebab merajinkan diri untuk buat entry ni~

    ReplyDelete
  2. @budakampung,, tula psl aq tolak.. sob sob sedeh..

    akey, tarak hal punya,hihi

    ReplyDelete
  3. budak cinaa yg comel dan yang malas masak,.hi hi hi,.

    ReplyDelete
  4. thnks tag..

    wah~~ akak minat animasi jugak..
    tp da masuk fine art..
    huhu..

    btw, unik asal-usul tu.

    ReplyDelete
  5. klu dlu ambil animasi, msti dh boleh jd rakan kongsi ni ngn dil..hhehe

    ReplyDelete
  6. alamak kena lagi ke ni???sebab dh jawp di blog lepas..sy jawap soalan ..susahkan soalan dia..soalan awk lagi susah..=p

    ReplyDelete
  7. @Gadis Misteri,, akeyla tu akak masuk fine art,, mmg terel pun akak bab ni :)

    ReplyDelete
  8. alah SE, sy dah kena tag tpi tak jawab lagi..heeee.. maka soalan2 SE menambahkan jumlah soalan terkumpul...hahaha..mati lah...

    ReplyDelete
  9. duh.. lamanya aku tak jawab tag.. kalau aku tak jawab jangan marah yer.. koh koh koh

    ReplyDelete
  10. dh jawap laa dear

    http://merahitujambu.blogspot.com/2011/10/tentang-aku.html

    ReplyDelete
  11. ika , saya suda pernah jawab , hukhuk :D tiapa , sy thibur baca ayat2 ko ni , panjang btul ! haha

    ReplyDelete
  12. aritu dah kena..

    jenuh siapkn bnda ni..hehe..

    ReplyDelete
  13. Hai Ika, abg sudah jawap tu.. Rock punya, hahaha! XD

    http://www.samizul.net/2011/11/11-soalan-se-untuk-mss.html

    ReplyDelete