May 21, 2012

first time woooo



Aaaahahaha.. first time buat ni..
TAK PANDAI!! 
wuwuwuwuw 
T_______________T

May 9, 2012

preview tempahan iii

Penat sungguh bila dah mula terima tempahan blog design ni. Rasa nak berhenti pun ada tapi malangnya sekarang ni memang tak ada apa nak buat and aku pun memerlukan duit jugak, huhu. Almaklumlah belum kerja lagi, sobsob.

- - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - -  --  - - - - - - - - - - - - - - -


Aku dah tak ingat dah link blog and nama dia. Yang pasti dia tempah template design berharga rm10 and nak warna pink. Permintaan dia sangat- sangatlah senang and aku siapkan dalam masa beberapa jam aje.




Tengku Nazmi

TK Nazmi ni baru je nak mula blogging. So dengan jujurnya dia tak tahu sangat pasal blog blog ni so dia bagi 100 % kat aku macam mana nak design. Masa ni aku dah blur jap sebab masa tu aku memang kekeringan idea. Pulak tu nak design blog untuk seorang lelaki. Rasa nak hantuk kepala kat jalan tar! HAHA.

Dia dah lama nak order dengan aku tapi masa tu aku kat kolej and aku tolak. Bila aku dah balik sabah, aku terimalah order dari dia ni. Eh, panjang pulak mukadimah ni! Akey, TK Nazmi ni nak blog dia warna biru dan putih. Nak tambah dengan tab menu dan chibi yang encem macam dia, huhu. So jadilah design macam kat atas tu. Trimazz TK Nazmi,, moga aje blogging ni dapat buatkan diri Tk happy :)






Hedayat ni member 1 kelas dengan aku. Tak sangka yang dia pun main blog. So tiba-tiba ni ( apa punya ayat ni ), dia minta aku tolong dia design Header , tab menu dan footer. Template pun asalnya dari aku tapi dia tak order la design blog. So dia sendiri je yang design blog dia dan aku cuma bertanggungjawab design header dan dua benda tu je.





Sebenarnya Kak Rina tolong member beliau yang masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Kalau nak tahu, diorang ni buat bisnes online dan banyaklah jugak produk. Kak Rina nak blog yang simple tapi nak ada kerawang sikit dan bunga sikit. Lepas tu nak warna pink. Ini merupakan design pertama untuk blog tersebut tapi yalah, Kak Rina nak simple dan tak berapa nak menyerlah sangat so ada sesetengah tu i terpaksalah ubah,huhu. Kalau nak tengok, bolehlah jenguk blog beliau :)




Kak Sya nak tema happy family untuk blog beliau. Mula- mula tu Kak sya nak warna purple dan kelabu tapi aku rasa macam agak suram pulak pakai kelabu ni. So jadilah warna pink putih. Lepas tu Kak Sya ni nak blognya dihiasi dengan bunga-bunga tapi tak nak rose katanya, so digantikan dengan tulip. Masa nak design ni agak mencabar jugaklah, huhu. Then selama aku dah berabad blogging ni, barulah aku tahu ada readmore secara auto. Penat-penat aku design dan letak code ' semula jadi ',, HAHA. Tapi tak apalah, memang lumrah designer macam ni. Apapun, terima kasih kerana sudi menempah dengan saya ya kak :)

NOTA TANGAN : Ada 4 design lagi yang perlu disiapkan. Harap dapat siapkan dalam minggu ni jugak, 
                                 Amin =) Lepas tu nak tutup tempahan 30 mei ni.