Apr 4, 2011

freestuff : photo editor.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca belog ini. Woah, macam itu pulak. Skema tak? HAHA. Bagus tak aku hari ni bagi salam? Bagus kepala hotak kau, amik ni! DUSHHH!!

Akey takpe, tak bagus pun takpe. HUHU. Baiklah. Hari ini aku nak bagi korang freebies ataupun freestuff. Nama pun free kan? Mestilah tak payah nak sibuk- sibuk keluarkan duit dari bank ataupun poket. Tapi kalau dah baik hati sangat nak sedekah kat akupun boleh jugak, HEHE. Sejak dua menjak tiga menjak ni, asyik ada soalan pasal header aje. Bukan nak tempah tapi tanya pasal photoshop bagai! KUIKUIKUI.

Bagi yang bertanya tu, meh sini aku jawabkan k. HEHE. Nak buat header tu tak semestinya nak pakai photoshop je. Banyak lagi photo editor yang canggih belaka. Tapi tak dinafikan jugak yang photoshop ni antara the best photo editor yang pernah ada. Kalau korang nak jugak photoshop ni, sila berkemas sekarang dan bawak dompet korang untuk ke kedai dan beli CD photoshop ataupun minta install terus ke laptop korang.

Sekarang ni, kita teruskan ke tajuk utama kita k. :) Aku dah sediakan beberapa web photo editor untuk korang buat header sendiri. Ya, aku tahu korang pun teringin nak buat header sendiri tanpa mengeluarkan sesen pun, ye dak? So here we are! Semua photo editor ini boleh korang gunakan untuk membuat header.
Klik gambar untuk ke laman web.


Photoscape.

Photo editor ni tak boleh nak buat header yang transparent tapi ianya mempunyai pelbagai fungsi yang menarik. Korang boleh letak pelbagai effect macam hitam putih, sepia, dan banyak lagi. Selain tu, photoscape ni mempunyai fungsi untuk membuat animation gif, just letakkan gambar korang dan pilih effect dan masa. Mudah kan? Korang juga boleh letak kartun- kartun comel yang ada kat photscape ni dan boleh gabungkan gambar korang banyak kat bahagian page dan combine. Dan korang boleh jugak printscreen dengan menggunakan screen capture yang ada kat photoscape ni.



Scrapblog

Photo editor ni pun tak boleh nak buat header transparent tapi banyak gambar- gambar yang comel dan cantik kat dalam ni. Maksud aku ni, sticker macam tulah. Photo editor ni tak payah nak sibuk-sibuk download, ianya jenis photo editor online. Boleh letak frame, speech balloon dan background ( themes ). Korang hanya perlu sign up dan pilih creating. Oh, nak pakai gambar atau sticker yang comel- comel tu, korang kena ada coint atau mata. Bukan mata manusialah! Tapi mata point. Kira macam urusan jual belilah jugak kalau nak guna ni. So aku cadangkan kalau nak ambil sticker tu, pilih yang zero point. Macam tu, kredit ( mata ) korang takkan berkurang. HAHA.



Paint. Net

Photo editor ni kalau tak silap aku, boleh buat header transparent. Aku tak pasti pasal software ni sebab aku memang tak ada benda ni. Tapi paint.net ni mempunyai tools yang serupa dengan photoshop dan rasanya lebih mudah berbanding dengan photoshop.




Gimp

Gimp pun sama, mempunyai tools yang serupa dengan photoshop. Kebanyakan yang tidak mempunyai photoshop menggunakan photo editor ni. Mungkin ianya lebih mudah dan senang untuk dicari? Gimp mempunyai airbrush, pencil tools dan powerfull gradient, sama seperti photoshop. Selain itu, korang boleh jugak download tulisan dan brushes untuk gimp. Sama seperti photoshop! 

Hebat? Menarik? Siapa cakap korang tak boleh nak buat header kalau tak ada photoshop? Jangan fikir negatif kalau tak cari benda- benda ni. Sebenarnya banyak lagi selain daripada kat atas ni. Just rajinkan diri korang untuk mencari. Tapi kalau tetap nak photoshop, macam yang aku cakap tadi, sila ke kedai sekarang. Takpun, cari member yang ada software tu. HEHE. Kejam tak?

Handsnote : Lepas ni nak buat freestuff pasal apa pulak? Doodle? chibidle? Lagu? Hmmmmm?!

24 comments:

  1. ada paint.net dan gimp tu tp lecehnya nak buat...adik buatkan akak leh tak,nanti akak bg la duit kopi...muahehe...tp jgn mahai2 sgt yer adik syg >,<

    ReplyDelete
  2. suka gimp..ala-ala photoshop..yang penting free... ^_^

    ReplyDelete
  3. hmmm , atien sume x ade .. ika , nak mintk tolong nie... heheh ... mcm mne nak download photoshop ? mntak tunjuk ajar nih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bnyak-bnyak bnda yg tersangat sangat sangat dan paling susah untk didownload adalah photoshop :(

      Delete
  4. @nur anis,haha, btl tu..free yg pntg kan..xpyh sush2 kuar duit ag,yeaa

    ReplyDelete
  5. @a t i E n a b E r n !, hehe, blh dlod tu..kt 4shared mgkn ade..xpn kne p kdai r

    ReplyDelete
  6. ika,dah try bt guna photoscape tp size die yg prob...bile upload trus jd besar...npe ea?

    ReplyDelete
  7. @Cik Anis, anis wt hder ke banner? sblm wt tu, anis kne set saiz hder anis dlu xpn klo saiz bsar, bla anis upload hder kt page element anis, anis klik shrink to fit.. :)

    ReplyDelete
  8. good entry... sesenang mai la singgah blog http://www.creativcolor.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. boleh la try buat pasni.header blog saya huduh benar. ;D

    ReplyDelete
  10. @syafeika edorasy bt header.dh try.maybe size pic kot besar.hmm,,xretila nk buat cmne.ades..

    ReplyDelete
  11. fizah ader photoscap, ,
    tpi x tahu nk buat,. ,
    camner kak??

    ReplyDelete
  12. @Cik Anis,sush gak tu,sy xtau apa mslh klo xnpk,hihi

    ReplyDelete
  13. muehehe~ scrapblog je xde. tp paint.net mmg best :D feeka edit gmbr sume kat situ le. header pun buat kat situ~ [batak pulak] xD buat doodle pun kat situ~ ><

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing.. Photoscape dah tahu... Kena cuba yang lain2.

    ReplyDelete
  15. herm.. smua kna download keh ? :'(

    ReplyDelete