Korang pun dah semestinya pembaca kan? Takkan lah asyik baca blog sendiri kot... hehe. Kalau korang masuk ke blog yang dah peymes ni, mesti hati rasa jeles kan sebab dah banyak komen and followers. Tapi, korang punya blog tak pulak macam tu even entry- entry yang korang dah buat ni sumenya gempak perepak. So meh tengok point- point kat bawah ni...
1. Lagu yang autoplay
1. Lagu yang autoplay
Adussss..... rasanya benda ni memang selalu ada kalau sesetengah bloggers cakap pasal ni, mahu yang dah pro ataupun tak. Benda ni sebenarnya menyusahkan. Ulang suara... MENYUSAHKAN ya kakak- kakak, adik- adik, abang- abang...( MAKCIK AND PAKCIK ADA GAK KE ? ) .
Ia sebenarnya memakan bandwith yang besar kalau korang hostingkan file bunyi- bunyi segala tu kat file hosting. Lagipun benda ni akan membuatkan blog korang loading lambat. Rasanya siput vavhiiii pun lagi laju kot. Malanglah buat sape sape yang pakai burukband tu, nak berapa jam baru siap untuk tunggu blog korang siap loading. Tu belum lagi entry korang tu.
Dah tu, kalau korang pasang lagu yang gedebak gedebum camtu pun akan membuatkan pembaca automatik CLOSE blog korang. Bayangkan kalau pembaca tu online tengah malam, dah r sunyi tak ada bunyi langsung. Tetiba bila buka blog korang, lagu entah pape. Tak ke naya dibuatnya? Lagi satu, bila pembaca tu sedang pasang lagu kat PC dia, takpun buka blog lain yang ada lagu gak. Semuanya jenis autoplay, haa.. kalau aku, baik aku X je kot.
Sebenarnya tak salah pasang lagu kat blog, tapi kalau boleh janganlah pasang yang jenis autoplay. Pasang yang jenis manual dan letak kat tempat yang senang pembaca nampak. Selain tu, boleh gak letak kat entry untuk menggambarkan cerita kan? :)
2. Pembuka entry
Pembuka entry ni samalah maksudnya dengan ayat pengenalan entry korang. Korang boleh bagi salam takpun tanya khabar kat pembaca korang. Ni tak, bila pembaca masuk je kat blog korang... angin takde, ribut pun takde tetiba je dah kena herdik. Ayat macam nak cari gaduh je. Kalau korang cakap baik- baik dengan members, tetiba kena sound. Mesti sakit hati kan? So kita sebagai bloggers kenalah pandai berinteraksi dengan pembaca. Kalau diorang dah terpikat, tiap- tiap hari diorang akan view blog korang. Korang jugak yang untung kan?
3. Perenggan
Perkara yang basic ni kita dah belajar sejak sekolah rendah lagi tapi tak ramai yang amalkan. Cikgu kata apa? Dalam karangan mesti ada PERENGGAN! Nape tak nak dengar ni? Hehe... buat blog ni sama lah jugak macam karangan, kena ada perenggan. Kalau tak ada, mata korang akan letih membaca perkataan dan ayat- ayat yang ada dalam blog tu. Lepas tu, mesti kat hati terdetik, bila nak habis baca ni? Atau lebih kejam lagi, buka blog orang lain untuk dibaca.. Wah..wah... camtu pulak..
4. Gambar
Penting untuk menggambarkan cerita korang. Kalau asyik ayat je, silap- silap ada yang putus wayar pulak time baca blog korang. Lagi bagus kalau gambar tu ada kaitan dengan cerita korang. Kalau korang letak gambar Lisa Surihani tetapi cerita korang p makan pisang goreng, memang kena hempuklah korang. 'Apa kaitan gambar dengan cerita dia ni? Mengarut je..' aku rasa itu kot yang diorang fikir,haha.. Besides, gambar ni boleh merehatkan fikiran pembaca yang tengah semak dalam nak memahami cerita korang tu. Aku kalau entry pendek, memang aku tak letak gambar..hehe ( tetibe..)
5. Widget / emoticons / background
Sesetengah bloggers merasakan yang blog diorang akan gempak dengan pelbagai widgets dan emoticons. Tapi bagi aku, ianya menyemakkan pandangan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Buat pengetahuan korang, benda- benda alah ni lah yang selalu buat blog korang lambat nak load. Dahlah lambat, bila dah siap loading, entry hampeh. Emoticons je penuh. Senyum sana, nangis sana. Tu belum lagi campur yang kelip sana sini tu. Fulamak, mata dah nak juling aku tengok.
Adalah amat penting untuk kita ringankan blog kita supaya para pembaca sentiasa datang ke blog kita dan selain itu, memastikan jugak blog kita dihiasi dengan benda- benda yang penting sahaj seperti chatbox, social network dan lain- lain. Selain itu jugak, background blog jugak memainkan peranan. Korang kenalah bijak pilih warna yang sesuai dengan post background korang. Jangan pulak background kat belakang tu warna hijau, post background berwarna merah. Haaa.... nampak sangat tak sesuai k.
6. Huruf besar
Ada tak bloggers kat sini suka pakai huruf besar masa nak post entry? Jangan ya.. jangan.. Ikut pengalaman aku di dalam seni ni, huruf besar ni merupakan satu penegasan, tak pun menunjukkan yang dia marah kat seseorang. Elak daripada menggunakan huruf besar k..
PAGI NI AKU PERGILAH KAT RUMAH MEMBER AKU KAN, TENGOK- TENGOK DIA DAH BLAH. APA BOLEH BUAT...
7. Tulisan jangan kecil
Ni lagi satu yang aku tak suka. Dah bagus- bagus aku bersemangat baca tajuk, bila nak baca entry pulak tulisan kecik mengalahkan semut. Aku tak sempat lagi nak beli kanta pembesar ni, camna nak baca? Automatik mestilah akan tutup je kan? Tapi janganlah emo besar tulisan tu nanti sebab ianya akan mencacatkan entry korang. Pakai yang standard lah. Font 12 kan ke bagus?
8. Tulisan modern a.k.a !@#$%^&* ( aku pun tak tahu apa dia )
Akey, sekarang ni kalau korang atau kita perasan lah kan. Perkataan atau ayat yang kita guna sekarang dah makin canggih kan? Singkat sana, singkat sini. Aku tak cakap pasal pakaian ek, jangan melencong! hehe.. Erm, contoh : pendek dah jadi pdk. Pastu nanti dah 6ti.. Siyessssss..... kadang- kadang tu aku tak bape pahamlah ayat- ayat camtu. Kalau pdk tu boleh terimalah, ni 6ti? Amende tu? ' i ' pun saje nak letak jadi ' ! '. Konon nampak semat lah tu tapi sebenarnya akan menyusahkan para pembaca.
Hanya orang yang gedik je nak buat camtu tau. Kalau buat camtu jugak, jangan hairan kalau pembaca korang hanya sedikit. Selain tu, Pacik google susah nak cakar atau detect blog korang. Sebaiknya korang guna ayat yang penuh.
9. Words verification
Selalu minta pembaca komen blog korang tapi letak benda alah ni pulak. Entry korang dah akey kot, bila je pembaca semangat nak komen tetibe keluar benda tu. Mesti dia dah hilang selera nak komen lagi. Samalah dengan aku jugak, kadang- kadang aku takkan komen lagi blog tu kalau dah jadi benda camtu. Kadang- kadang word verification tu susah nak baca, asyik klik-klik tuk word yang lebih senang dan sekaligus akan membazirkan masa pembaca. Aku tak paham nape korang mesti letak benda ni sume..
10. follow me back
Hehe..ayat ni mesti annoying kan? Aku selalu nampak ayat ni kat blog aku. Bukan blog aku seorang je tapi blog yang lain pun sama jugak. Biarlah diorang nak ikut ke tak. Terpulang kat diorang. Kita siapa nak paksa?
Tak baik kot paksa- paksa ni. Bila korang kena buat camtu dengan orang lain, mesti korang tak suka kan? Camtu jugaklah dengan orang lain. Kalau blog korang memang cun melecun, takpe lah. Kalau tak? Sia- sia je diorang follow, ya tak? Aku cakap ikut pengalaman, sebab aku pun tak suka kena paksa. So disebabkan itulah, aku tak buat camtu dan aku just suggest je. Selebihnya, terpulang kat diorang...
Aku rasa itu je kot. Kalau ada lagi, aku akan buat part 2 pulak k. Aku harap point- point ni dapat tolong korang memperbaiki blog korang termasuk aku. Kalau ada penambahan, share lah k.
ehem : nak tanya sikit, apa korang rasa tentang blog aku pulak?
no 10 tu aku mmg rajin buat.. tp bukan paksa.. ajak je!.. nak atau tak tu crita lain..
ReplyDeletefollow me back bertulisan huruf besar..penah dapat dan tak suka..macam bagi arahan aje..
ReplyDelete@Balqees Amanda..yup, btl tu.. sb tu kne jge2 ayt2 kita.. :)
ReplyDelete@Haw sekadar ngajak, xpela..
ReplyDeletesuka point no. 2 tu..
ReplyDeletesangat setuju dgn nombor satu!!
ReplyDeletetak tahan kadang2 lagu merepek gila2
lawa blog..thanx 4 the tips..
ReplyDeletebetul2..sebagai pembaca x salah buat entri macam ni..lagipun mende btol kan..boleh semak kepala kalau baca blog2 yg ada ciri2 seperti di atas..tp kite sbgi blogger pun kena same2 baiki blog sendiri..hehe
ReplyDeletefuhhh, seb baik xde buat bnda yg xdisukai ni. :)
ReplyDeleteagreed. .
ReplyDeleteTu ape tu gambar besar betul bawah setiap komen. Ganggu mata saya je nak baca komen.
ReplyDeletesetuju part words verification :)
ReplyDeleteHahaha.. ABg baru mo komen pasal gambarmu yang wujud si setiap komen.. Dah ada yang komen, ok lah, ehe..
ReplyDeleteSecara keseluruhan, bagus tip ni. Tingkatkan lagi idea kreatif dalam penulisan blog.. Penceritaan melalui adunan pengalaman sendiri menunjukkan jati diri n maruah sang blogger.. ;)
@samizul.net..haha, ika pn prasan bh tu bang tp mls mau ubh..skli ada yg komen tpksa la ubh..papun,trimaz bang..hehe
ReplyDelete@luna...haha, btl tu...sm2 kita buat pengajaran
ReplyDeleteyang no 4...paling sakit hati kot!!
ReplyDeleteSatu lagi penggunaan bahsa macam wa, lu, gua..ishhh serabut mata hati nak baca..rasa macam "ehh kau tuh brutal sangat lah wey"
**good comment dear!
stuju semua skali! hehe. :)
ReplyDeleteboleh nk bg komen skit..(ala2 nak mntak permission ni..ekekekeke)
ReplyDeletebagi aku..x kisah la orng tu nk follow kite ke tak ,nak bace ke tak coz apa yang penulis tu tulis hanya untuk menarikan jari jemari mereka kat ats keyboard je.xkire la follower cenonet je.contoh paling dekat..aku la tu ..hua3..
aku suke menarikan jari aku aku kat keyboard pastu mencoret citer yg tahpape..dan yg aku paling pasti,xbyak pon orng follow..tp aku bahgia sbb aku dapat coret citer aku yg dah sedia merepek dan tahpape tu..
alamak..terbanyak plak komen aku ni..sory ya owner blog..hehehe..
salam berblog..=p
salam kenal :)
ReplyDeletesetuju sangat apa yang diperkatakan tu. cumanya cara penulisan tu. jangan hanya nak salahkan blogger je. mungkin mereka yang membuat perkara kat atas tu tak tahu mereka ingat akan nampak cool.
tapi bagus entri macam ini akan memberi kesedaran kepada mereka. teruskan usaha anda berblog.
pasal word verification. bukan salah mereka tapi mereka tak tahu :)
Aku suka komen blog orang tapi…
p/s: jawapan kpd soalan terakhir tu. kenapa kotak komen ni lain macam je? hehehe jangan marah
banyak dapat no 10 tu kat shoutmix dan komen..hehe
ReplyDelete@pjah.. hehe, xpe.. sharing is caring kan.. btw, trimazz 4 d kmen ek..tula gunanya blog..blh luah ic aty n dpt kwn br..^^
ReplyDelete@Adam..xmrh pn..hehe..np dgn kotak kmen ni? pelik ek..haha
ReplyDeleteno 10 tuh ramai yg buat macam tuh. pening kepala aii, HAHA :)
ReplyDeletehi adik, kak nona pernah buat entri macam ni jugak. At least dapat bantu kawan-kawan yang rasa blog diorang annoying tapi xtau nak buat macam mana.
ReplyDeleteBTW, ur blog is just nice. Simple. Keep up!
dalam banyak2 benda nih aku selalu buat no 1...tapi aku baru buang 2-3 hari lepas..tapi nanti bila2 aku letak balik pula...hahahaha
ReplyDeleteP/S : 5 Perkara Yang Menyebabkan Kita Takut Sewaktu Berada Di Asrama @ Hostel
@nona nadnordin..hehe, akey kak..btw, trimaz.. ^^
ReplyDelete@hans..hrp2 nt bila aq p blog ko, lagu mendayu2 x wt aq tkejut..hehe
ReplyDeleteeh blog i xmacm 2,..he3 pasan,..meh la sggh,.
ReplyDeleteoh.sgt tidak suka yg no 10 :P
ReplyDelete@Mar..hehe..bgsla cmtu..xpe, bkn sll prasan kn..hehe
ReplyDelete@Puteri Iqa Izyan..oh, sy pn xske gak.. ^^
ReplyDeleteblog yg sgt ceria . haha
ReplyDeleteEntri terbaru ->Siapakah anak Bill Gates ?
Siapakah pemilik matahari ?
@paan..trimaz,hehe
ReplyDeletesgt baik... dah p sound beberapa blog yang kacau bilau dgn post u n dorg dapat terima... thanks 4 sharing
ReplyDelete@ohujan..rjinnya ko nk sound org?haha..akey..trimaz anyway^^
ReplyDeleteada la blog brader huruf besar segalanya. mula2 xlah pening sgt. lepas baca n3 ika baru pening follow brader uh. hahah
ReplyDelete@ohujan..haha..akey2..mst brader tu stress..hehe
ReplyDeletewah... pendapat kite hampir samalah! kalau rajin singgah la baca kat sini pulak ye :)
ReplyDeletehttp://jotsofme.blogspot.com/2010/10/susah-sangat-ke-nak-bagi-kredit.html
blog ni mesra pengunjung... selamat datang ke gerila penulisan kreatif....
ReplyDelete^^ kne mesra br dpt kwn kn?hehe..pepn trimaz sb sdi sgh..br je dpt tau psl gerila penulisan kreatif tu..
ReplyDeletesalam...oh thanx ats pngetahuan ni ye
ReplyDeletesy sokong yg 1st. tak suke blog ade lagu2. bising je. haha
ReplyDelete@| cik azeya |..hehe..
ReplyDeletesaya pilih semua yang di atas...apa cik blog ni cakap semua betul dah..tapi ada jugak yang tak reti-reti..nak buat mcm mana minat org lain2 kan..
ReplyDelete@Fareha Rahmat (Bos Besar),haha..pe blh wt la..klo da lm dlm blogging ni drg akn tau ble da ase sume tu
ReplyDeleteaku suka yang ni.hahha :)
ReplyDeletesalam... kak syafeika, boleh x sya nk copy entri nie? sbb sya rsa entri nie mcm berguna pd readers d'luar sana..boleh x? klu boleh thank so much!
ReplyDelete@Amni Senget's.. insyaALLAH blh, tp ag bgs klo ltak kredit ya dik :)
ReplyDeletesemestinya la sya letak! thanks
ReplyDeletetak apa ke kalau saya guna no 10 tu.... saya kadang-kadang je guna ayat itu.... bukan paksa macam " weyhz! kalau korang tak follow aq.. aq tumbuk ko"...tak...seperti ajak untuk mengeratkan silaturahim.. tak apa ke??
ReplyDeletesaya prnh trlupa nk follow balik bila kena 'suruh'. pastu dye dtg balik blog saya then tanya "kenapa x follow balik ?" erkk rasa cm terancam bila x follow balik. sejujurnya saya memg dah x de hati nak follow huhu
ReplyDelete