Mar 18, 2011

cara ubah/ tukar tajuk linkwithin

Haiii, nampaknya belog aku ni dah jadi belog tutorial la pulok ek, bukan belog peibadi lagi, HAHA. Sejak dua menjak ni ada je orang tanya pasal tutorial. Kalau bukan kat formspring, kat facebook pulak dah. Bagi kat formspring tu, aku jawab kat sanalah jugak. Melainkan kalau korang minta aku buat tutorial kat dalam belog ni, barulah aku buat. Cett, apa punya ayat ni? =.=

Sebenarnya linkwithin ni bagus. Bagi bloggers yang baru singgah atau datang kembali dan terlepas entry korang yang lepas, mereka boleh merujuk semula ( ini bukan kes rujuk cerai amende k ) entry korang yang lepas. Ini kerana gadget linkwithin ni memaparkan entry yang berkaitan, siap dengan gambar lagi. Itupun kalau korang ada letak gambar kat entry tulah. So, benda ni mesti menarik pembaca korang untuk membaca entry- entry korang yang lepas sekaligus up traffic kan? Lebih- lebih lagi kalau tajuk nampak HOT ajer!

Akey, untuk yang bertanya, macam mana nak tukar ataupun ubah tajuk linkwithin tu, bolehlah rujuk kat tutor ni k.




Bagi yang dah mempunyai gadget linkwithin ni, kalau nak ubah pun boleh. Korang cuma perlu letak code ni kat depan atau sebelum coding linkwithin tu aje.

<script>linkwithin_text='ayat korang sendiri'</script>



kalau tak faham, boleh rujuk dalam gambar kat bawah ni. :)


Yang baru nak menggunakan linkwithin ni pulak, bolehlah pergi ke SINI. Ikut sahaja arahan kat site tu dan taddaaaa!! korang kini mempunyai gadget linkwithin, yeahh!

4 comments: