Mar 1, 2011

link dengan efek marquee

Hari ni aku ada belajar sesuatu lagi dan tanpa berlengah, mestilah aku nak share dengan korang kan? Sebelum kepala aku ni pecah disebabkan pening, baik aku post dulu apa yang aku nak share ni. Tadi pun dah sakit kepala nak sentuh cantikkan blog kazen, imra'tu huhu.

Baru siap tolong buat header dan template dia. Isi dan  widget dia letak sendiri.

Akey, apa itu link dengan efek marquee? Korang boleh tahu dengan tengok kat bawah ni.

my blog
my 143
sister
friend

See? Nampak cantik je kan? So macam mana korang nak buat?

<marquee align=center direction=down onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()">
Nama Link 1

Nama Link 2

Nama Link3

Nama Link_ 4
</marquee>

Perkataan yang korang perlu ubah hanyalah tulisan atau perkataan yang berwarna sahaja. Yang lain jangan usik. Tapi kalau korang berani dan pandai HTML, bolehlah godek- godek. hehe. Tak larang pun. Akey, sekarang ni, korang kena ubah perkataan yang berwarna tu pulak.

Perkataan berwarna biru tu merupakan arah link tu bergerak. Kalau nak ubah, korang bolehlah tukar kan perkataan biru tu kepada up, left atau right.

Seterusnya perkataan yang berwarna pink pulak, url link korang. Contohnya, url blog aku ni, http://syafeikaedora.blogspot.com. Tapi jangan pulak ikut url aku k! hehe. So, ikutlah url link yang korang nak letak tu.

Perkataan berwarna merah pulak ialah nama link korang. Lepas dah letak url tu, letaklah nama pulak. Nama tu akan muncul macam kat atas tu. Tak paham? belum buat memanglah tak paham. Cuba buat dulu k..

Korang boleh rujuk code html aku kat bawah ni. Ini yang aku dah buat untuk efek kat atas tu. Efek yang tengah bergerak- gerak tu. Haaaa.. amik ko, huhu..

<marquee align=center direction=up onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()">
my blog

my 143

sister

friend
</marquee>

Code ni terpulanglah korang nak letak kat mana. Nak letak kat post boleh, kat sidebar pun boleh! Takde probs.. ^^

4 comments: